Jumaat, 8 April 2016

Mengimbau Kenangan Lalu


Lain dahulu lain sekarang begitulah pepatah melayu. Sekali air bah sekali pasir berubah. Pengarah seni Julien Knez memperlihatkan betapa banyak perubahan Kota Cahaya (City of Light) Paris lebih 100 tahun yang lalu. Dengan gambar lama bersejarah yang diambil dari  Parigramme , Julien Knez mula mencari lokasi sebenar berdasarkan foto tersebut. Dengan sedikit ubahsuai beliau mampu untuk memasukkan detik bersejarah ke suasana zaman kini. Gambar-gambar vintage bermula dari tahun 1870-an hingga ker 1960-an dalam suasana bersejarah merangkumi peristiwa politik , sosial, dan budaya yang luar biasa  berlaku di kota yang dikasihi Paris.




















Sabtu, 28 November 2015

Install Android Studio di Ubuntu


Android Studio merupakan sebuah perisian bertujuan untuk merekabentuk aplikasi android. Ia salah satu dari pelbagai IDE yang banyak terdapat di pasaran dan boleh di muat turun dengan percuma. Apa yang menarik perisian tersebut dibangunkan oleh Google. Kepada yang berminat dan mula berjinak untuk belajar membangunkan aplikasi android bolehlah mencuba Android Studio. Terdapat dalam pelbagai versi sistem operasi windows, Mac OS X dan Linux. Panduan ini hanya untuk memasang Android Studio di dalam Ubuntu. Keperluan minimum yang perlu menepati syarat minimum sebelum pemasangan di jalankan sebagaimana berikut :-

Linux

  • GNOME or KDE desktop
  • GNU C Library (glibc) 2.15 or later
  • 2 GB RAM minimum, 4 GB RAM recommended
  • 400 MB hard disk space
  • At least 1 GB for Android SDK, emulator system images, and caches
  • 1280 x 800 minimum screen resolution
  • Oracle® Java Development Kit (JDK) 7
Tested on Ubuntu® 14.04, Trusty Tahr (64-bit distribution capable of running 32-bit applications)

Langkah-langkah sebagaimana berikut :-

  • Perlu ada Java JDK Oracle. Versi terbaru adalah Java JDK 8 dari Oracle. Periksa melalui terminal dan type 
    update-alternatives --config java
    lihat samada terdapat java JDK Oracle. Untuk memasangkan Java JDK taip sebagaimana berikut di terminal
    sudo add-apt-repository ppa:webupd8team/java
    sudo apt-get update
    sudo apt-get install oracle-java8-installer 
  • Seterusnya lakukan pemasangan Android Studio ke dalam komputer anda.
    sudo apt-add-repository ppa:paolorotolo/android-studio
    sudo apt-get update
    sudo apt-get install android-studio
  • Selesai .... kemudian buka Android Studio di Dash dengan menekan keypad windows dan taip pada carian dengan perkataan Android Studio

  • Apabila perisian Android Studio dibuka proses seterusnya komputer akan memuat turun android SDK, kebiasaannya Android Studio akan memuat turun file yang minimum dan anda boleh untuk menambah jika perlu selepas itu. Ikut sahaja arahan yang di paparkan oleh Android Studio. Jika ada sebarang ralat lazimnya ia hanya ketetapan lokasi android SDK dan java JDK iaitu untuk android SDK lokasinya di /home/user/android manakala lokasi Java Oracle adalah di /usr/lib/jvm/java-8-oracle

Rabu, 18 November 2015

Memori Bersama Basikal.

Tak ramai mereka yang suka mengabdikan memori bergambar bersama benda yang mereka sayang. Bagi jurugambar amatur Rob van Driel menjadikan basikal yang ditunggangnya sebagai subjek utama dalam setiap gambar dalam simpanannya. Gambar yang di rakamnya cantik dan  seperti hasil kerja seorang jurufoto profesional. Lihatlah antara hasil yang telah berjaya dirakam olehnya.








Sumber : Rob van Driel

Codecademic Belajar Pengaturcaraan Komputer Secara Percuma.

Codecademic yang di asaskan oleh Zach Sims and Ryan Bubinski pada Ogos 2011 memberikan satu cabang jalan terbaru pembelajaraan maya secara interaktif dan yang lebih menarik lagi ia adalah percuma. Ia memfokuskan memberikan pembelajaran kepada bahasa pengatucaraan komputer seperti PHP, JavaScript, HTML, CSS, Ruby, Phyton dan beberapa bahasa pengaturcaraan yang lain. Kepada yang berminat boleh melayari www.codecademy.com

  • Salah satu Tutorial bertajuk Learn the Command Line 


  • Setiap tajuk tutorial ada petunjuk peratusan kemajuan pembelajaran.


  • Lencana akan diberikan menandakan setelah tamat di setiap topik. Pelajar boleh mengulang kembali topik tersebut dengan klik pada lencana yang dikehendaki.
  • Walaubagaimanapun Codecademic juga menawarkan versi PRO iaitu tutorial berbayar yang mengandungi kandungan pembelajaran yang eksklusif, bantuan atas talian dan beberapa kelebihan lagi dengan harga USD 19.99 sebulan.

Jumaat, 24 April 2015

Wanita lidah bercabang.


Kalau mengikut pepatah melayu "lidah bercadang" membawa maksud seseorang yang bercakap tidak secara jujur dan tidak boleh dipercayai. Rupa-rupanya lidah bercadang sememangnya ada. Seorang wanita bernama Archy Strange yang memiliki lidah yang terpotong pada belahan lidahnya telah menunjukkan beberapa aksi yang boleh dilakukan oleh lidahnya itu. Beliau kelihat bersahaja dalam melakukan beberapa aksi menggunakan lidahnya.


Jumaat, 13 Februari 2015

Google masih lagi kekal tempat berkerja yang terbaik di dunia.

glassdoor.com
Google kekal sebagai tempat bekerja yang paling diminati dan berbaloi untuk bekerja. Berdasarkan daripada maklumbalas dari pekerja yang berdaftar dalam halaman web glassdoor Google mendapat tempat yang pertama dengan 4.5 bintang sebagai syarikat terbaik untuk bekerja. Menurut seorang pekerja yang bekerja sepenuh masa lebih 8 tahun telah memberikan pendapat beliau tentang kebaikan dan keburukan bekerja di Google.

Kebaikan


  • makan..makan makan, dalam kampus utama Google ada lebih dari 15 cafeteria juga terdapat dapur mini (boleh memasak), snek dan minuman
  • makan percuma full package sarapan pagi,makan tengah hari dan makan malam setiap hari.
  • percuma 24 jam 7 hari seminggu pusat gym.
  • percuma dobi layan diri (terdapat mesen basuh dan pengering sekali).
  • percuma pusat bowling (main bowling sampai lebam)
  • pelbagai aktiviti luar dan sukan
  • dapat bekerja dengan mereka yang terbaik

Kekurangan

  • kerja kerja kerja... hidup semua untuk bekerja.Google suruh pekerjanya duduk kerja 24 jam berkerja.. kehidupan yang tidak seimbang sehinggakan ada yang bercerai kerana lebih mementingkan kerja dari keluarga. 
  • tiada istilah berkerja di hujung minggu
  • tak semua pekerja Google bijak malah ada ramai yang dungu.(nampak macam bijak)
  • kerja dalam stress. asik pikir kerja. jam 1, 2, 3 pagi masih ada lagi hantar email cerita pasal kerja.
dam pejabat ada taman

lobi pejabat pun dah macam hotel

tempat aktiviti dan seminar ada rock climbing


cafe dengan meja snooker

pusat bowling pun ada



Sumber : glassdoor.com

Copyright © 2014 Artikel Minda