Memaparkan catatan dengan label Teknologi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Teknologi. Papar semua catatan

Sabtu, 31 Januari 2015

Antara Robot yang di nantikan

Berikut antara robot-robot yang ada dalam pembikinan pada masa sekarang ini, walaupun ada yang masih dalam peringkat kajian tetapi tidak mustahil suatu hari nanti robot yang hampir menyerupai manusia dapat sedikti sebanyak membantu kerja-kerja kita. Robot amat sesuai untuk kerja-kerja yang berbahaya kerana ia dapat mengurangkan risiko kematian. Saksikan antara dari robot tersebut.

NAO robot (www.aldebaran.com)

Asimo Robot (www.asimo.honda.com)

Selasa, 20 Januari 2015

Teknologi pencetak 3D mengubah masa depan.

Sebahagian dari kita masih lagi tidak mengetahui tentang wujudnya teknologi pencetak 3D. Bukan sekadar 3D yg kita bayang tapi lebih dari itu. Objek boleh di salin seperti keadaan asal dan boleh digunakan. Menarik bukan?. Oleh tu berikut senarai 10 objek 3D yang agak gila telah di salin semula menggunakan pencetak 3D.
  • Senapang yang berfungsi.
Senapang dibuat dari cebisan plastik dan dicetak menggunakan pencetak 3D Stratasys Dimension SST 3D berharga Dollar US 8,000. Ia berjaya menembak peluru .380 kaliber tetapi senapang tersebut meletup apabila pereka cuba untuk melakukan modifikasi dengan menembak menggunakan 5.7x28 riffle cartridge yang lebih besar.



  • Biola (violin )
Alex Davies telah menggunakan pencetak 3D untuk membuat badan biola dari bahan plastik. beliau bersama dengan kumpulannya kemudian telah membalut badan biola tersebut dengan surat kabar dan gam. Manakala kadboard digunakan untuk  pembuatan leher biola tersebut. 



  • Stem Cell Manusia
Ia dihasilkan melalui pencetak 3D khas untuk mencetak stem cell. Lazimnya pencetak 3D tersebut bertujuan untuk perubatan seperti mencetak anggota badan untuk tujuan kajian.



  • Wajah King Richard III
Selepas mengkaji rangka King Richard III yang di jumpai di lot parking Leicester, England. Pakar Caroline Wilkinson dari University of Dundee yang merekabentuk kembali King Richard III menggunakan komputer kemudian hasilnya dicetak melalui pencetak 3D.



  • Melengkapkan Tengkorak
Pakar Bedah telah melengkapkan 75 peratus tengkorak lelaki dengan menggunakan plastik yang dicetak menggunakan pencetak 3D



  • Telinga Bionik
Ciptaan Penyelidik Princeton University. Telinga Bionik ini dibuat menggunakan calf cell, gel polimer dan partikel nano perak (silver). Telinga itu boleh menangkap signal radio melebihi dari telinga manusia.



  • Janin
Syarikat Jepun Fasotec mendakwa jurutera mereka telah berjaya mencetak bentuk janin manusia berasaskan magnetic resonance images (MRI) sewaktu pembentukan janin kemudia telah ditransfom kepada bentuk 3D menggunakan pencetak 3D



  • Mencetak makanan
The Sugar Lab Los Angeles mencipta cake-topper yang lazat menggunakan pencetak 3D berasaskan bahan dari gula. Manakala di Cornell University penyelidik mencipta pelbagai bentuk gula-gula dan kek  dengan pelbagai warna hanya menggunakan pencetak 3D



  • Gaya rambut 
Januari 2013 Penyelidik di McGill University's Redpath Museum mendedahkan secara detail wajah mummi lengkap dengan gaya rambut yang dibina kembali menggunakan gabungan Computed Tomography (CT) Scanning dan pencetak 3D


Artikel dan Image : livescience.com

Isnin, 19 Januari 2015

Kereta masa depan Mercedes-Benz F015


Mercedes-Benz F015 sebuah kereta mewah yang direka oleh Mercedes-Benz untuk kereta masa hadapan. Sebuah kereta yang memiliki kepintaran dan lengkap dengan ciri-ciri keselamatan yang tinggi. Kemewahan jelas dipaparkan dalam rekaan dalamannya, lantai dalamannya dipasang dengan papan lantai kayu walnut. Pada tepi kerusinya disinari oleh lampu yang cantik mampu menyinari dalaman kereta.


Skrin resolusi tinggi juga ada disediakan untuk penumpang berinteraksi dengan kereta tersebut. Semua arahan ada dalam paparan skrin tersebut seperti memainkan muzik, melihat gambar dan beberapa arahan lain.


Lampu juga menarik dengan dihadapan dilengkapi LED yang brefungsi sebagai sensor terhadap apa-apa halangan dihadapan. Manakala LED di belakang memaparkan keadaan semasa yang berlaku seperti memaparkan SLOW untuk memberi amaran kepada kenderaan di belakang untuk memperlahankan kenderaan mereka.



Saksikan antara video yang memaparkan kecanggihan dan kehebatan teknologi yang dinyawakan di dalam kereta tersebut

Copyright © 2014 Artikel Minda