Memaparkan catatan dengan label Review Produk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Review Produk. Papar semua catatan

Khamis, 29 Januari 2015

WhatsApp akhirnya ke browser internet


Salah satu aplikasi sosial terhangat di Malaysia iaitu WhatsApp akhirnya boleh di akses terus melalui pelayar web. Walaupun whatsapp agak ketinggalan jika dibandingkan dengan lain-lain seperti Wechat yang sudah lama ada fungsi seperti ini. Oleh itu WhatsApp melalui web sesuai kepada mereka yang sentiasa melekat di bangku kerusi terutamanya di pejabat. Sementera waktu ini WhatsApp Web hanya boleh di akses menggunakan pelayar web CHROME sahaja. dan juga hanya WhatsApp yang dipasangkan di dalam telefon bimbit kecuali WhatsApp IOS (Apple) tidak ada ciri-ciri ini.




Cara menggunakan WhatsApp Web
  1. Buka pelayar google chrome dan taipkan pada lokasi alamat https://web.whatsapp.com/
  2. Buka arahan menu pada WhatsApp di telefon bimbit anda dan pilih WhatsApp Web, pengimbas Kod QR akan di aktifkan dan halakan telefon bimbit anda ke skrin komputer untuk mengimbas Kod QR tersebut.
  3. Selesai. Anda sudah berjaya.

Khamis, 22 Januari 2015

Dalam hati ada telefon.


Perkembangan teknologi terkini dalam perlumbaan telefon pintar menjadikan banyak syarikat pereka telefon melahirkan produk telefon pintar yang hebat. Walaupun nampak hebat di dalam tetapi telefon sekarang kurang sentuhan dari rekabentuk luaran. Kalau kita lihat keseluruhan telefon kini bentuk hampir serupa. Jika di bandingkan dengan produk telefon dahulu pelbagai bentuk cantik dan cute terhasil, Nokia dengan stail mereka sendiri manakala Motorola dengan bentuk V yang cute juga Blackberry dengan terkenal dengan keypad QWERTY. Mungkin atas faktor ini syarikat di Jepun menghasilkan telefon berbentuk hati. Telefon tersebut tanpa paparan skrin, Ia seperti telefon asas yang dahulu kita pakai. Sememangnya sesuai untuk hadiah pada si jantung hati. Berat hanya dalam 54 gram. Tetapi telefon ini hanya akan dipasarkan di Jepun sewaktu Valentine Day.




Artikel dan Image : engadget.com , japanese.engadget.com

Rabu, 21 Januari 2015

SmrtGrips GPS navigasi untuk penunggang basikal.



SmrtGrips satu alat yang pertama di dunia yang menghubungkan navigasi GPS kepada pemegang handel basikal anda. Melalui halaman web indiegogo.com smrtGrips ini berfungsi membantu penunggang basikal melalui aplikasi yang dinamakan eye-free navigation untuk menunjuk arah ke destinasi yang di kehendaki tanpa menjejaskan tumpuan pemanduan ke jalan raya. Isyarat gegaran pada handel akan dihantar oleh eye-free navigation jika ada arahan kepada penunggang seperti gegaran pada kanan handel bermaksud penunggang perlu membelok ke kanan. Antara ciri-ciri hebat yang didapati dari SmrtGrips ini seperti berikut :-


  • eyes-free navigation - menunggang basikal tanpa menjejaskan tumpuan anda. Anda tidak perlu untuk melihat paparan skrin telefon lagi. Hanya nantikan isyarat gegaran di handel basikal anda.
  • bike finder - dapat mencari lokasi sebenar dimana tempat terakhir anda meletakkan basikal. berguna kepada mereka yang pelupa.
  • bike tracer - menjejaki basikal jika hilang. SmrtGrips akan menghantar mesej kepada pengguna SmrtGrip yang berhampiran dengan lokasi basikal yang hilang itu berada 
  • haptic notification - Isyarat gegaran di handel anda.
  • connected biked - anda akan dihubungkan kepada OpenStreetMaps iaitu komuniti open source. banyak maklumat di sana seperti laluan yang paling popular, laluan basikal, rakan-rakan dan lain-lain
  • separation alerts - Anda akan mendapat isyarat jika terdapat rakan yang terpisah di dalam kumpulan. 



Ahad, 18 Januari 2015

Bajet wang anda dengan GoodBudget


Kita semua pastinya sering menghadapi masalah kekurangan wang akibat dari perbelanjaan yang tidak terkawal. Pantang ada wang di dalam poket pastinya akan dibelanjakan sampai terlupa baki wang yang tinggal. Itulah sebabnya kita hanya mengira wang yang dibelanjakan tetapi kita tidak mengira berapakah wang yang kita ada.

GoodBaget salah satu dari pelbagai aplikasi di Google Play yang menawarkan penyusunan bajet kepada individu malahan boleh juga untuk seisi keluarga. GoodBadget boleh dimuat turun secara percuma di Google Play. GoodBadget berkonsepkan bajet menggunakan sampul. Setiap sampul dilabelkan dengan nama tertentu seperti sampul simpanan, sampul barang dapur, sampul hiburan dan beberapa sampul lain lagi. Setiap sampul akan diisikan dengan wang  berdasarkan pecahan yang diagihkan dari wang pendapatan. Setiap perbelanjaan yang dikeluarkan dari sampul dapat dikawal sepenuhnya oleh kita.

Konsep Sistem Bajet Sampul

1. Isikan wang pendapatan anda ke dalam sampul  

Wang pendapatan anda gaji atau lain-lain pendapatan dipecahkan mengikut sampul berdasarkan kategori yang telah anda berikan, seperti perbelanjaan dapur, anak-anak, hutang dan lain-lain
 

2. Belanja berdasarkan sampul

Perbelanjaan perlu berdasarkan kategori sampul. Jika hendak membeli barangan dapur kita mesti mengeluarkan wang hanya dari sampul barangan dapur.

3. Berhenti berbelanja bila sampul kosong

Anda perlu berhenti berbelanja jika sampul bajet anda kosong atau anda akan menghadapi perbelanjaan melebihi bajet yang telah anda tetapkan. Ia memerlukan disiplin yang kuat. Walaubagaimana pun anda boleh mengambil dari sampul lain untuk di pindahkan ke dalam sampul surat yang kosong jika anda sangat memerlukan.

Sistem bajet sampul dalam abad ke 21

GoodBudget telah mengaplikasikan sistem bajet sampul di dalam apps GoodBudget dan ia telah diperbaharui dengan ciri-ciri moden iaitu suami isteri atau pasangan dapat berkongsi bajet yang sama secara real time dengan bajet untuk satu keluarga (pendapatan suami dan isteri digabungkan) dan perbelanjaan suami dan pasangan dapat dilihat dan di kawal sepenuhnya oleh setiap pasangan. GoodBudget tidak hanya percuma tetapi juga berbayar jika anda mahukan fungsi yang lebih lagi.




Copyright © 2014 Artikel Minda