Memaparkan catatan dengan label Pelik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pelik. Papar semua catatan

Jumaat, 24 April 2015

Wanita lidah bercabang.


Kalau mengikut pepatah melayu "lidah bercadang" membawa maksud seseorang yang bercakap tidak secara jujur dan tidak boleh dipercayai. Rupa-rupanya lidah bercadang sememangnya ada. Seorang wanita bernama Archy Strange yang memiliki lidah yang terpotong pada belahan lidahnya telah menunjukkan beberapa aksi yang boleh dilakukan oleh lidahnya itu. Beliau kelihat bersahaja dalam melakukan beberapa aksi menggunakan lidahnya.


Jumaat, 13 Februari 2015

Kreatif Meja bentuk Sony Playstation controller

wauuu hebat bagi penggemar dan hantu kepada permain konsol tentu hendak memiliki meja seperti ini. Meja yang direka khas berbentuk Sony PS3 Controller dengan diletakkan hamparan kaca di atas sebagai meja di ruang tamu.Meja ini direka oleh Scott Blackwell si tukang kayu dengan harga 2,000 UK Pound








etsy.com

Isnin, 9 Februari 2015

Gelagat lucu menyatakan kehamilan.

Apabila setiap pasangan mendapat khabar gembira terutama bila mendapat cahayamata tentunya amat teruja untuk menyatakan atau memberi tahu kepada semua orang. Setiap pasangan memiliki cara masing-masing untuk menyatakan berita gembira itu. Saksikan beberapa aksi pasangan yang mempotretkan berita gembira itu













Sumber : imgur.com, news.distractify.com

Rabu, 4 Februari 2015

Gambar aneh yang menakutkan

Pelukis Colin Batty berjaya memutarkan kembali suasana gambar yang usang menjadi satu gambar yang penuh misteri dan menakutkan. Apa yang hebat lagi Colin Batty melakukan lakaran tanpa bantuan dari komputer dan perisian, yang dilakukan olehnya hanyalah menggunakan cat acrylic yang dilukis di atas gambar itu sendiri. Menakjubkan bukan?. Beliau telah melukis lebih kurang 100 buah kad kabinet (lukisan) dan dipamerkan semasa pameran beliau yang di beri tajuk Meet The Family di Peculiarium di Portland, Oregon dalam tahun 2014 yang lalu.













Sumber : boredpanda.com

Sabtu, 31 Januari 2015

Manusia Plastik dalam pembikinan


Rodrigo Alves berumur 31 tahun kelahiran Brazil dan menetap di London bekerja sebagai Pramugara

telah membelanjakan lebih dari 265,000.00 Dollar Amerika keatas pembedahan plastik surgeri yang terdiri dari 30 bahagian badan termasuk mukanya.Beginilah hasilnya lelaki berubah menjadi manusia patung bernyawa. Pada dirinya dirasakan itulah kecantikan yang sempurna namun pada hakikat kita ia hanya satu sementara dan langsung tidak berbaloi.Apa yang boleh dinyatakan pembedahan plastik akan menyebabkan ketagihan untuk melakukannya lagi.




Sumber : eonline.com

Jumaat, 30 Januari 2015

Dari kad ku bina sebuah bangunan

Bryan Berg mula belajar teknik menyusun kad dari datuknya sejak dari umur 8 tahun. Bermula dari itu beliau mula memahirkan diri dan memantapkan kemahiran tersebut hingga ke peringkat pakar. Bryan Berg telah melakukan percubaan dengan menyusun kad membentuk struktur bangunan tanpa menggunakan sebarang pelekat tape, gam dan lipatan 
















Khamis, 29 Januari 2015

Gara-gara cincin Harry Potter sebuah kedai tergendala operasi


Peminat fanatik membanjiri sebuah kedai barangan aksessori geek iaitu Alchemy House Jewelry sehingga memaksa mereka memberhentikan operasi buat sementara waktu akibat dari limpahan tempahan terhadap cincin pertunangan bertemakan Quidditch. Cincin yang bernilai 145 Pound UK yang bertatah batu topaz dan direka menyerupai Bola Golden Snitch ( seperti dalam filem Harry Potter). Akibat dari terlampau banyak tempahan pereka cincin terpaksa berkerja keras untuk menyiapkan tempahan secepat mungkin sehingga terpaksa memilih untuk menutup sementara operasi.



sumber .wikimedia.org

Artikel dan Image :
 nydailynews.com
fastcodesign.com

Rabu, 21 Januari 2015

Janda tinggal di kapal cruise kerana wasiat suami supaya jangan berhenti belayar.


Seorang janda bernama Lee Wachtstetter berumur 86 tahun sanggup menjual kediaman mewah miliknya di Fort Lauderdale, Florida semata-mata untuk tinggal tetap di laut selepas kematian suaminya akibat daripada penyakit kanser. Beliau menghabiskan 108,000 Pound UK setahun untuk kekal berada di dalam kapal cruise Crystal Serenity. Nenek juga dikenali sebagai Mama Lee tinggal bersama-sama 1,070 penumpang juga menjadi salah seorang yang paling lama tinggal di dalam kapal cruise berbanding dengan 655 krew kapal. 

Beliau berkata "Hari sebelum suami saya meninggal akibat kanser dalam tahun 1997, mendiang berpesan kepada saya ,'Jangan berhenti belayar'. "Jadi inilah saya pada hari ini menjalani hidup tanpa tekanan seperti kehidupan dalam kisah dongeng". Kos yang dibelanjakan itu merangkumi kabin, makananan, minuman, tip dan tarian ballroom pada malam hari.




Artikel dan image : mirror.co.uk
Copyright © 2014 Artikel Minda