Memaparkan catatan dengan label DIY & Tutorial. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DIY & Tutorial. Papar semua catatan

Sabtu, 28 November 2015

Install Android Studio di Ubuntu


Android Studio merupakan sebuah perisian bertujuan untuk merekabentuk aplikasi android. Ia salah satu dari pelbagai IDE yang banyak terdapat di pasaran dan boleh di muat turun dengan percuma. Apa yang menarik perisian tersebut dibangunkan oleh Google. Kepada yang berminat dan mula berjinak untuk belajar membangunkan aplikasi android bolehlah mencuba Android Studio. Terdapat dalam pelbagai versi sistem operasi windows, Mac OS X dan Linux. Panduan ini hanya untuk memasang Android Studio di dalam Ubuntu. Keperluan minimum yang perlu menepati syarat minimum sebelum pemasangan di jalankan sebagaimana berikut :-

Linux

  • GNOME or KDE desktop
  • GNU C Library (glibc) 2.15 or later
  • 2 GB RAM minimum, 4 GB RAM recommended
  • 400 MB hard disk space
  • At least 1 GB for Android SDK, emulator system images, and caches
  • 1280 x 800 minimum screen resolution
  • Oracle® Java Development Kit (JDK) 7
Tested on Ubuntu® 14.04, Trusty Tahr (64-bit distribution capable of running 32-bit applications)

Langkah-langkah sebagaimana berikut :-

  • Perlu ada Java JDK Oracle. Versi terbaru adalah Java JDK 8 dari Oracle. Periksa melalui terminal dan type 
    update-alternatives --config java
    lihat samada terdapat java JDK Oracle. Untuk memasangkan Java JDK taip sebagaimana berikut di terminal
    sudo add-apt-repository ppa:webupd8team/java
    sudo apt-get update
    sudo apt-get install oracle-java8-installer 
  • Seterusnya lakukan pemasangan Android Studio ke dalam komputer anda.
    sudo apt-add-repository ppa:paolorotolo/android-studio
    sudo apt-get update
    sudo apt-get install android-studio
  • Selesai .... kemudian buka Android Studio di Dash dengan menekan keypad windows dan taip pada carian dengan perkataan Android Studio

  • Apabila perisian Android Studio dibuka proses seterusnya komputer akan memuat turun android SDK, kebiasaannya Android Studio akan memuat turun file yang minimum dan anda boleh untuk menambah jika perlu selepas itu. Ikut sahaja arahan yang di paparkan oleh Android Studio. Jika ada sebarang ralat lazimnya ia hanya ketetapan lokasi android SDK dan java JDK iaitu untuk android SDK lokasinya di /home/user/android manakala lokasi Java Oracle adalah di /usr/lib/jvm/java-8-oracle
Copyright © 2014 Artikel Minda