Ahad, 18 Januari 2015

Bajet wang anda dengan GoodBudget


Kita semua pastinya sering menghadapi masalah kekurangan wang akibat dari perbelanjaan yang tidak terkawal. Pantang ada wang di dalam poket pastinya akan dibelanjakan sampai terlupa baki wang yang tinggal. Itulah sebabnya kita hanya mengira wang yang dibelanjakan tetapi kita tidak mengira berapakah wang yang kita ada.

GoodBaget salah satu dari pelbagai aplikasi di Google Play yang menawarkan penyusunan bajet kepada individu malahan boleh juga untuk seisi keluarga. GoodBadget boleh dimuat turun secara percuma di Google Play. GoodBadget berkonsepkan bajet menggunakan sampul. Setiap sampul dilabelkan dengan nama tertentu seperti sampul simpanan, sampul barang dapur, sampul hiburan dan beberapa sampul lain lagi. Setiap sampul akan diisikan dengan wang  berdasarkan pecahan yang diagihkan dari wang pendapatan. Setiap perbelanjaan yang dikeluarkan dari sampul dapat dikawal sepenuhnya oleh kita.

Konsep Sistem Bajet Sampul

1. Isikan wang pendapatan anda ke dalam sampul  

Wang pendapatan anda gaji atau lain-lain pendapatan dipecahkan mengikut sampul berdasarkan kategori yang telah anda berikan, seperti perbelanjaan dapur, anak-anak, hutang dan lain-lain
 

2. Belanja berdasarkan sampul

Perbelanjaan perlu berdasarkan kategori sampul. Jika hendak membeli barangan dapur kita mesti mengeluarkan wang hanya dari sampul barangan dapur.

3. Berhenti berbelanja bila sampul kosong

Anda perlu berhenti berbelanja jika sampul bajet anda kosong atau anda akan menghadapi perbelanjaan melebihi bajet yang telah anda tetapkan. Ia memerlukan disiplin yang kuat. Walaubagaimana pun anda boleh mengambil dari sampul lain untuk di pindahkan ke dalam sampul surat yang kosong jika anda sangat memerlukan.

Sistem bajet sampul dalam abad ke 21

GoodBudget telah mengaplikasikan sistem bajet sampul di dalam apps GoodBudget dan ia telah diperbaharui dengan ciri-ciri moden iaitu suami isteri atau pasangan dapat berkongsi bajet yang sama secara real time dengan bajet untuk satu keluarga (pendapatan suami dan isteri digabungkan) dan perbelanjaan suami dan pasangan dapat dilihat dan di kawal sepenuhnya oleh setiap pasangan. GoodBudget tidak hanya percuma tetapi juga berbayar jika anda mahukan fungsi yang lebih lagi.








0 comments:

Catat Ulasan

Copyright © 2014 Artikel Minda