Memaparkan catatan dengan label Pelbagai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pelbagai. Papar semua catatan

Rabu, 18 November 2015

Codecademic Belajar Pengaturcaraan Komputer Secara Percuma.

Codecademic yang di asaskan oleh Zach Sims and Ryan Bubinski pada Ogos 2011 memberikan satu cabang jalan terbaru pembelajaraan maya secara interaktif dan yang lebih menarik lagi ia adalah percuma. Ia memfokuskan memberikan pembelajaran kepada bahasa pengatucaraan komputer seperti PHP, JavaScript, HTML, CSS, Ruby, Phyton dan beberapa bahasa pengaturcaraan yang lain. Kepada yang berminat boleh melayari www.codecademy.com

  • Salah satu Tutorial bertajuk Learn the Command Line 


  • Setiap tajuk tutorial ada petunjuk peratusan kemajuan pembelajaran.


  • Lencana akan diberikan menandakan setelah tamat di setiap topik. Pelajar boleh mengulang kembali topik tersebut dengan klik pada lencana yang dikehendaki.
  • Walaubagaimanapun Codecademic juga menawarkan versi PRO iaitu tutorial berbayar yang mengandungi kandungan pembelajaran yang eksklusif, bantuan atas talian dan beberapa kelebihan lagi dengan harga USD 19.99 sebulan.

Jumaat, 13 Februari 2015

Google masih lagi kekal tempat berkerja yang terbaik di dunia.

glassdoor.com
Google kekal sebagai tempat bekerja yang paling diminati dan berbaloi untuk bekerja. Berdasarkan daripada maklumbalas dari pekerja yang berdaftar dalam halaman web glassdoor Google mendapat tempat yang pertama dengan 4.5 bintang sebagai syarikat terbaik untuk bekerja. Menurut seorang pekerja yang bekerja sepenuh masa lebih 8 tahun telah memberikan pendapat beliau tentang kebaikan dan keburukan bekerja di Google.

Kebaikan


  • makan..makan makan, dalam kampus utama Google ada lebih dari 15 cafeteria juga terdapat dapur mini (boleh memasak), snek dan minuman
  • makan percuma full package sarapan pagi,makan tengah hari dan makan malam setiap hari.
  • percuma 24 jam 7 hari seminggu pusat gym.
  • percuma dobi layan diri (terdapat mesen basuh dan pengering sekali).
  • percuma pusat bowling (main bowling sampai lebam)
  • pelbagai aktiviti luar dan sukan
  • dapat bekerja dengan mereka yang terbaik

Kekurangan

  • kerja kerja kerja... hidup semua untuk bekerja.Google suruh pekerjanya duduk kerja 24 jam berkerja.. kehidupan yang tidak seimbang sehinggakan ada yang bercerai kerana lebih mementingkan kerja dari keluarga. 
  • tiada istilah berkerja di hujung minggu
  • tak semua pekerja Google bijak malah ada ramai yang dungu.(nampak macam bijak)
  • kerja dalam stress. asik pikir kerja. jam 1, 2, 3 pagi masih ada lagi hantar email cerita pasal kerja.
dam pejabat ada taman

lobi pejabat pun dah macam hotel

tempat aktiviti dan seminar ada rock climbing


cafe dengan meja snooker

pusat bowling pun ada



Sumber : glassdoor.com

Khamis, 12 Februari 2015

Buku Koleksi Bentuk Kamera Cun.

Pengarang buku Christopher D. Salyers telah membukukan koleksi kamera (Camera Crazy) yang suatu dahulu yang pernah kita lihat dan tidak pernah kita lihat. Kebanyakkan kamera tersebut adalah sebagai alat permainan atau produk penjenamaan yang dilengkapi dengan kamera. Buku tersebut penuh dengan kamera yang pelbagai bentuk dan berwarna warni. Anda boleh dapatkan buku tersebut di Amazon dengan harga yang berbaloi.

Kulit Keras: 240 pages
Penerbit: Prestel (September 12, 2014)
Bahasa: Inggeris
ISBN-10: 3791349554
ISBN-13: 978-3791349558

muka hadapan buku
Ikan dan Snoopy Matic


Sewaktu dilancarkan dulu Game Boy Camera menjadi kamera yang terkecil dunia. Hasil gambar dalam hitam putih.

Kamera Holga yang pelbagai warna

Diana Mini lengkap dengan flash

Khas untuk peminat tegar Teenage Mutant Ninja Turtle..Siap boleh cakap "cowabunga, dude.. for real atau Cowabunga dude.. smile" !!

Vontron : Defender of the Universe

Shironeko Holga - kamera istimewa, setiap kali gambar diambil lampu LED akan menyala dan mengeluarkan bunyi meooww meowww..

amazon.com

Nelayan penangkap ular laut

Di negara Thailand dan Vietnam nelayan bukan sahaja mencari hasil tangkapan ikan di laut tetapi mereka juga menangkap ular air yang terdapat di laut. Dengan hanya berbekalkan tanduk bandak sumbu sebagai penawar bagi gigitan ular air, mereka sanggup menangkap ular sebagai hasil sampingan yang menguntungkan.Menurut National Geograhic nelayan Vietnam telah menangkap ular sebanyak 80 tan reptilia tersebut setahun. ia boleh dianggarkan sebanyak 225 ribu ekor ular bagi setiap seorang nelayan setahun yang menghasilkan pendapatan sejumlah 3 juta Dollar Amerika. Kebanyakkan ular tersebut di eksport ke luar terutama China dan restoran yang menawarkan darah ular untuk diminum bersama dengan arak sebagai ubat tenaga batin dan menghilangkan sengal badan.







.

Sumber dan Image : nationalgeographic.com

Selasa, 10 Februari 2015

7 binaan terhebat yang tidak dikenali.

Dunia ini luas dan ada pelbagai macam dan bentuk yang masih lagi kita tidak pernah lihat. Di sini dipaparkan beberapa 7 lagi binaan yang agak kurang dikenali ramai dan boleh dikatakan menarik dan menakjubkan binaanya.

Mali’s Great Mosque of Djenne
foto : Francois Xavier Marit/Getty
Derawar Fort di Bahawalpur, Pakistan
foto : Sami's Photography/Getty

The Great Wall of India
Foto : Thinkstock/Mikhail Kokhanchikov


Sheikh Lotfollah Mosque, Iran
Foto : Matjaz Krivic/Getty
Chand Baori stepwell, India
foto : Thinkstock
Bosnia’s Stari Most
foto : Marco Secchi/Getty
Palace of the Parliament, Romania
foto : Thinkstock



Sumber dan image : bbc.com

Isnin, 9 Februari 2015

Masuk Sekolah Mak Andam sebab tocang anak

Greg Wickherst seorang bapa tunggal yang menjaga anak perempuannya Izzy sejak berpisah dengan isterinya beberapa tahun yang lalu. Apabila anaknya Izzy membesar dan rambut anaknya makin panjang, Wickherst cuba sedaya upaya untuk mendandan rambut anaknya tetapi gagal. Walaupun hanya untuk membuat tocang (ponytail) beliau gagal melakukannya. Beliau berusaha untuk memasuki Kolej bahagian kecantikan hanya kerana hendak merasai nikmat mendandan rambut anaknya. Tenaga pengajar berusaha untuk mengajar beliau dan sekarang hasilnya semua teknik telah dipelajari seterusnya dikongsikan di dalam facebook nya.











sumber : facebook, buzzfeed.com

Star Wars Darth Vader Gergasi dari salji.

Pesta Sapporo Snow kali ke 66 iaitu acara tahunan di Jepun menyaksikan patung gergasi bertemakan watak yang diminati ramai iaitu watak dari filem Star Wars.Patung yang diperbuat dari salji ini dibina oleh pasukan tentera Jepun ( Bridget ke 11 Pasukan Pertahanan Darat Jepun). Pembinaan patung itu menggunakan jentolak dengan 3,500 tan salji bagi membentuk watak tersebut yang berkeluasan 23 meter lebar 15 meter tinggi. Rekaan watak ini telah diluluskan oleh Lucas Film Ltd sebagai mempromosikan filemnya yang akan datang iaitu Star Wars : The Force Awakens yang di jangka ditayangkan pada disember 2015


foto : instagram.com/alternativemindz
foto : instagram.com/la_negra_les

foto : instagram.com/takeoi

foto : instagram.com/takeoi

foto : instagram.com/asako0531w

foto : instagram.com/lanacioncom

foto : instagram.com/yusukemakino0421

foto : instagram.com/meitim

foto : instagram.com/kiki5yh

foto : instagram.com/saadahz

Sumber : mymodernmet.com

Khamis, 5 Februari 2015

10 halaman web mengimbau zaman retro anda.

Retro Tape Kaset di abad 21 ( http://suan.fm/mix )

Zaman era 80an hingga 90an kaset sebegini lah yang sering diputarkan di tape player. Zaman itu walkman meletup. Pergi sekolah pun bawa walkman. Lawati web ini untuk memutarkan lagu kegemaran anda melalui kaset tape


900 klasik game zaman remaja (Internet Arcade)

Kepada yang masih lagi ketagih games Digger boleh cuba di halaman web ini. Banyak games retro yang hebat. Jangan lupa lawati di sana


Koleksi kartun era 90an dan 2000 (nickreboot.com)

Salah satu kartun terkenal zaman 80an Inspetor Gadget. Pasti anda dapat mengimbau kembali zaman itu.


Nostalgia Machine - anda pilih tahun, ia akan mainkan lagu top ten zaman itu. (thenostalgiamachine.com)

Halaman web ini menyusun dan menyenaraikan lagu yang meletup berdasarkan tahun. Cuma tidak ada lagu rock kapak melayu.


Rindukan bunyi era retro? (savethesounds.info)

Zaman sebelum adanya facebook. Yahoo Messenger, IRC yang berkuasa masa itu. Pastinya rindu dengan bunyi dari aplikasi pesanan ringkas tersebut.




Tonto kartun dalam TV retro hitam putih (vintagecartoons.tv)

Tonton kembali kartun dalam kotak TV hitam putih. Ini zaman sebelum ada TV warna. Pada adik-adik kalau hendak tahu zaman itu kalau pakai TV perlu ada lesen tau...

Zaman Web Geocities (wonder-tonic.com

Dahulu sebelum blogger wujud. Geocities dan lycos dijadikan sebagai halaman web untuk memblog. Layari halaman ini untuk melihat web kini di transform ke geocities era retro. Zaman itu icon web semua jenis bergerak dan penuh dengan warna warni ....


Dengarkan bunyi games 8bits (sndtst.com)

Layari dan dengari bunyi yang terdapat pada permainan Game Boy yang lama.

 


Image zaman Atari 8bits (8bitartwork.co.uk/)

Sebelum adanya 3D graphic semua games konsol dalam 8bits. Langsung tidak menarik. Tetapi pada waktu itu itulah yang terbaik.


Zaman belum ada PSP. (pica-pic.com//)

Anda masih ingat permainan Tetris dalam warna hitam putih. Permainan itulah yang menjadi kegilaan pada zaman itu. Lawati web ini untuk memainkan permainan retro zaman kecil anda.

Copyright © 2014 Artikel Minda