Memaparkan catatan dengan label fotografi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label fotografi. Papar semua catatan

Selasa, 10 Februari 2015

Perjalanan ke Syurga Burma

Selepas 5 tahun bekerja, 38 kali manaiki kapal terbang dan 10 kali VISA berasingan ke Burma maka lahirlah sebuah buku yang setebal 248 halaman muka surat yang diberi nama Burma : An Enchanted Spirit. Hasil karja jurugambar profesional David Heath. Gambar yang mengisahkan perjalanan merentas syurga Burma yang dipaparkan melalui gambar gambar yang bermakna. Lihatlah hasil kerja beliau.

The Moken, atau Gipsi Laut adalah salah satu daripada 135 suku etnik yang berbeza di Burma . Mereka hidup secara nomad, suku pelaut yang cara hidup tradisional ini berada dalam bahaya kerana semakin meningkat pendedahan kepada dunia Barat . Saya sedang dalam bot di Laut Andaman menonton lelaki lembing mencari ikan - David Heath
seorang sami baru, berusia kira-kira enam atau tujuh tahun . Matanya begitu ekspresif , anda boleh melihat kegembiraan dan ketenangan jiwa yang terpapar diwajahnya walaupun dalam kesusahan. Ramai sami muda memasuki sekolah monastik Buddha adalah terdiri daripada anak-anak yatim atau miskin. Keluarga mereka menghantar mereka untuk memastikan mendapat pendidikan, makanan, dan tempat tinggal. Sami muda menjadi sami pada usia kira-kira 20an.- David Heath
Diambil di Tasik Inle daripada bot mengadap matahari terbit pada awal pagi. Nelayan Intha mengingatkan saya kepada penari balet. Cekap mengimbangkan badan mereka, mereka mendayung perahu dengan berpaut satu kaki dipendayung, manakala kedua tangan digunakan untuk menebar jala mereka.- David Heath
Gambar ini diambil dari di atas sebuah kuil semasa matahari terbenam dan menghadap Kuil Buddha Ananda dan Thabanyu di Bagan. Terdapat lebih daripada 2000 kuil dan pagoda di sini. Lokasi ini terletak di kawasan luar bandar pertanian di tengah-tengah Burma dan banyak struktur-struktur ini berusia kira-kira 1,000 tahun. Kawasan ini adalah agak luar biasa ; tanah sekitar sangat kering dan rata, dengan asap dari petani dan kabus sejauh mata memandang.- David Heath
Salah satu kegemaran peribadi saya mengambil gambar dalam Biara Bagan. Sami muda mudah untuk ketawa, sangat ingin tahu dan sangat menyeronokkan. Saya cuba untuk menderma kepada biara yang saya lawati kerana saya ingin berterima kasih kepada mereka yang telah membenarkan saya untuk mengambil gambar yang cantik dan bermakna.- David Heath

Nelayan sewaktu matahari terbit di pantai Taung Tha Man ​​Lake, Amarapura di Mandalay.- David Heath
Satu pagi saya telah menyeberangi sebuah jambatan kayu jati yang terkenal di Mandalay dipanggil U Bein dan melihat seorang perempuan memancing di Taung Tha Man ​​Lake . Matahari terbit yang indah mencipta pantulan seperti cermin di atas air, dan wanita itu kelihatan seolah olah berjalan di atas awan.- David Heath
Di sini saya berada pada puncak gunung di Mrauk U, sebuah bandar di bahagian barat Burma, dengan pemandangan 360 darjah mengadap kuil-kuil. Asap dan kabus menyelubungi sekitar. Kami hanya berkaki ayam mendaki gunung kecil sebelum matahari terbit untuk memasang tripod kamera . Kawasan ini adalah tapak suci dan terpencil serta sangat sedikit pelancong yang datang.- David Heath
Seorang nelayan belut berhampiran Tasik Inle. Bakul kecil membawa umpan dan cacing, manakala bakul besar untuk membawa belut.- David Heath
Sumber dan image : outsideonline.com

Isnin, 9 Februari 2015

Bergambar bersama Aston Martin berkelajuan 190KMH

Pengambaran tersebut melibatkan pasukan lumba The Racer's Group (TRG) bersama dengan 2 buah Aston Martins di sekitar Daytona International Speedway.Ia membabitkan 6 orang bersama dengan 2 buah kereta lumba Astin Martin V12 Vantage GT3 yang bernilai 750,000 USD setiap satu.Bagi mereka yang berminat dalam fotografi sudah semestinya perlu memiliki keberanian yang tinggi untuk mengambil aksi gambar pada kelajuan yang tinggi. Gambar yang di hasilkan oleh pasukan jurugambar Brian Cleary cantik dan menarik.












Sumber : petapixel.com, trg-astonmartinracing.com

Rabu, 4 Februari 2015

New York dari kacamata bayi

Diego Acosta López seorang mahasiswa dari Sekolah Seni dan Visual berhasrat untuk mengabadikan memori dan pengalaman anaknya dari dalam kereta tolak bayi bagi merasai pengalaman di kota New York. Beliau menggunakan kamera GoPro yang di letakkan di dalam kereta bayinya dengan melakukan ketetapan (setting) pada GoPro automatik mengambil gambar setiap 10 saat. GoPro beliau telah mengambil lebih kurang 2000 gambar pada hari tersebut.










Sumber : mymodernmet.com

Antara Realiti dan Fantasi

Antara realiti dan fantasi adalah satu suasana yang amat berbeza. Fantasi penuh dengan cerita yang menakjubkan dan semua yang indah belaka. Artikel Minda membawa anda menyelami suasana watak dalam kartun filem keluaran Disney di terjemahkan ke suasana realiti.Cuba bayangkan bagaimana sebenarnya dunia fantasi itu digambarkan dalam dunia kita. Pelukis Illustrasi BuzzFeed iaitu Loryn Brantz telah melakar kembali beberapa watak yang menjadi kesukaan ramai lalu dilukis kembali keadaan rambut watak tersebut berdasarkan suasana di dunia sebenar. Saksikanlah.

Ariel with wet hair


Belle with hair stuck to her lip gloss


Cinderella with bed head


Mulan with staticky hair


Snow White with frizzy hair



Elsa with her roots showing


Pocahontas with windblown hair in her face 


Jasmine (and Aladdin) with flat hair


sumber : Loryn Brantz's,Bored Panda,BuzzFeed

Jumaat, 30 Januari 2015

Pasangan bahagia


Musim demi musim, tahun saban tahun mereka bersama dengan stail dan gaya yang serupa, cuma persekitaran yang sering berbeda. Apa yang menyentuh hati adalah gambar bahagian terakhir..














Sumber : designyoutrust.com

Khamis, 29 Januari 2015

Lukisan yang penuh kesakitan dan penderitaan



Pelukis yang hebat dapat menipu mata kita sekali imbas. Sekali pandang kita rasakan itu adalah gambar yang sebenarnya tapi hakikatnya ia adalah sebuah lukisan. Fabio Magalhaes seorang pelukis dalam kategori pelukis realphoto melakukan lukisan bertemakan Paintful Paintings. Lukisan yang menggambarkan kesakitan yang akan menyentap mata dan hati kita sekali turut rasa kesakitannya. Saksikan antara lukisan yang dilukis oleh beliau.Sebelum itu sekali lagi saya nyatakan ini hanyalah sebuah lukisan.


Copyright © 2014 Artikel Minda