Khamis, 12 Februari 2015

Buku Koleksi Bentuk Kamera Cun.

Pengarang buku Christopher D. Salyers telah membukukan koleksi kamera (Camera Crazy) yang suatu dahulu yang pernah kita lihat dan tidak pernah kita lihat. Kebanyakkan kamera tersebut adalah sebagai alat permainan atau produk penjenamaan yang dilengkapi dengan kamera. Buku tersebut penuh dengan kamera yang pelbagai bentuk dan berwarna warni. Anda boleh dapatkan buku tersebut di Amazon dengan harga yang berbaloi.

Kulit Keras: 240 pages
Penerbit: Prestel (September 12, 2014)
Bahasa: Inggeris
ISBN-10: 3791349554
ISBN-13: 978-3791349558

muka hadapan buku
Ikan dan Snoopy Matic


Sewaktu dilancarkan dulu Game Boy Camera menjadi kamera yang terkecil dunia. Hasil gambar dalam hitam putih.

Kamera Holga yang pelbagai warna

Diana Mini lengkap dengan flash

Khas untuk peminat tegar Teenage Mutant Ninja Turtle..Siap boleh cakap "cowabunga, dude.. for real atau Cowabunga dude.. smile" !!

Vontron : Defender of the Universe

Shironeko Holga - kamera istimewa, setiap kali gambar diambil lampu LED akan menyala dan mengeluarkan bunyi meooww meowww..

amazon.com

Nelayan penangkap ular laut

Di negara Thailand dan Vietnam nelayan bukan sahaja mencari hasil tangkapan ikan di laut tetapi mereka juga menangkap ular air yang terdapat di laut. Dengan hanya berbekalkan tanduk bandak sumbu sebagai penawar bagi gigitan ular air, mereka sanggup menangkap ular sebagai hasil sampingan yang menguntungkan.Menurut National Geograhic nelayan Vietnam telah menangkap ular sebanyak 80 tan reptilia tersebut setahun. ia boleh dianggarkan sebanyak 225 ribu ekor ular bagi setiap seorang nelayan setahun yang menghasilkan pendapatan sejumlah 3 juta Dollar Amerika. Kebanyakkan ular tersebut di eksport ke luar terutama China dan restoran yang menawarkan darah ular untuk diminum bersama dengan arak sebagai ubat tenaga batin dan menghilangkan sengal badan.







.

Sumber dan Image : nationalgeographic.com

Rabu, 11 Februari 2015

Gambar bertemakan refleksi

Lihatlah beberapa foto yang cantik bertemakan Reflection (refleksi). Iaitu sesuatu objek itu mendapat refleksi dari air atau cermin. Kalau kena dari posisi dan cara ia akan membuatkan gambar yang di ambil menjadi cantik dan menarik.











Sumber : actegratuit

Keindahan foto yang dibuat dari kentang.


Sejarah gambar berwarna


Pada tahun 1907, adik beradik Lumiere iaitu Auguste dan Luis telah memperkenalkan kaedah mewarna dalam menghasilkan gambar foto. Walaupun pada masa itu teknik menghasilkan gambar berwarna telah ada namun ia melibatkan proses yang agak rumit dan komplek. Mereka memperkenalkan teknik yang lebih mudah iaitu menggunakan kanji yang dibuat dari kentang. Proses itu dinamakan autochrome iaitu dengan melapiskan plate kaca dengan lapisan nipis kanji kentang yang diwarnakan merah, hijau dan biru. Ini akan menghasilkan tapisan (filter) dan akan di dedahkan kepada cahaya. Teknik autochrome amat terkenal di Paris dan kemudian diperkenalkan di Amerika Syarikat. Gambar yang pertama menggunakan teknik ini telah di terbitkan dalam Majalah National Geographic tahun 1914.Menjelang tahun 1938 teknik ini makin dipinggirkan dan diganti dengan teknik Kodachrome. Saksikan beberapa gambar yang cantik dan rare. Begitu susah orang zaman dahulu menghasilkan gambar sebegini.

Jacob J. Gayer, National Geographic
Clifton R. Adams, National Geographic - 1930
Foto memaparkan seorang perempuan yang duduk di tebing pelabuhan di Tampa, Florida. Tahun 1930 artikel National Geographic " Florida -The Fountain Belia. "
Maynard Owen Williams, National Geographic - 1925
Sepetang di Taman. Seorang wanita yang sedang menikmati keindahan alam di Taman Tete d'Or,Lyons, Perancis pada tahun 1925.
Maynard Owen Williams, National Geographic - 1929
Gambar pasukan pengakap bersantai rehat di Ambleside, England. Foto dalam tahun 1929 dari artikel National Geographic "Through the English Lake District Afoot and Awheel"
 Hans Hildenbrand, National Geographic - 1937
The Trinity Column di Vienna, Austria. Foto keluaran artikel National Geographic tahun 1937, artikel mengenai daerah Salzkammergut.
Wilhelm Tobien, National Geographic - 1928
Foto pekerja pemetik anggur sedang berkumpul di hadapan estet Baron Langwerth-Simmern di Eltville, Jerman pada tahun 1928. Estet tersebut mula beroperasi sejak 1711 dan masih menghasilkan wain hingga ke hari ini.

Gervais Courtellemont, National Geographic - 1925
Pelukis sedang melukis di tebing Sungai Dordogne berhampiran Beaulieu, Perancis pada tahun 1925.

Jules Gervais Courtellemont, National Geographic - 1923
Foto tahun 1923 yang menunjukkan dua pengunjung ke sebuah taman di Hamman-Rhira, Algeria.
Jules Gervais Courtellemont, National Geographic - 1926
Foto memaparkan seorang lelaki sedang duduk di tepi sungai Ganges di Benares . Foto tahun 1926 Artikel National Geographic artikel "Streets and Palaces of Colorful India"

Wilhelm Tobien, National Geographic - 1931
Seorang wanita muda sedang mengait benang di Koog aan de Zaan, Belanda pada tahun 1931.
Jules Gervais Courtellemont, National Geographic
Foto pada tahun 1923 memaparkan foto Kota Constantinople pada akhir Empayar Uthmaniyyah dan permulaan kepada Republik Turki. Tujuh tahun kemudian bandar ini telah ditukar nama kepada Istanbul.

Sumber & Image : nationalgeographic.com

Koleksi Foto Musim Salji terbaik sepanjang zaman

Berehat sebentar dan nikmati foto yang diabadikan oleh jurugambar profesional dari National Geographic berkisar dengan musim salji. Ada beberapa gambar yang diambil sejak dari tahun 1920an lagi (Kamera tidak secanggih zaman moden tetapi gambar yang dihasilkan menarik mata memandang).

Jean Gaberell, National Geographic - 1920an

Anthony Stewart, National Geographic - New England 1967

Anthony Stewart, National Geographic - Portland, Maine 1968

Bruce Dale, National Geographic Creative - Alaska 1975



W.E. Garrett, National Geographic - Granville Lake 1970

George Steinmetz, National Geographic Creative - Tembok Besar China 2007

Orsolya Haarberg, National Geographic Creative - Gunung Berapi Hverfjall 

Tom Murphy, National Geographic Creative - Yellowstone National Park 2013

Michael S. Quinton, National Geographic Creative - Yellowstone National Park

Michael Melford, National Geographic Creative - Yosemite National Park, California 2011 


Sumber dan Image : nationalgeographic.com

Selasa, 10 Februari 2015

Transit Cloud sculpture

Ini merupakan hasil seni dari Gregor Kregar dengan bertemakan "Transit Cloud". Pada pendapat anda bila melihat hasil kerja itu, Adakah ia berbentuk awan?





Sumber : .mirror.co.uk

Copyright © 2014 Artikel Minda