Isnin, 19 Januari 2015

25 tahun jalan mengundur

Demi sebuah keamanan.

Seorang lelaki yang sempurna fizikal dan mental berjalan  secara berundur demi untuk sebuah keamanan. Beliau Mani Manithan kelahiran India mula terfikir untuk berjalan undur setelah pelbagai keganasan yang berlaku di India. Perkara itu mendorongnya untuk menyampaikan mesej keamanan keseluruh dunia melalui berjalan kaki secara undur. Bermula dari tahun 1989 semua aktivitinya menaiki tangga, melintas jalan raya juga ketika menaiki kenderaan awam dilakukan secara mengundur. Mani Manithan yang memiliki perniagaan alat telekomunikasi telefon bimbit mengakui telah terlupa bagaimana hendak berjalan secara normal.
Beliau menambah "Berjalan secara normal lebih mencabar untuk dilakukan. Di dalam minda saya seolah-olah sudah terlupa cara untuk melakukan berjalan secara normal. Saya lebih selesa berjalan seperti ini."




Sumber artikel & image : dailymail.co.uk

0 comments:

Catat Ulasan

Copyright © 2014 Artikel Minda