Isnin, 19 Januari 2015

Kereta masa depan Mercedes-Benz F015


Mercedes-Benz F015 sebuah kereta mewah yang direka oleh Mercedes-Benz untuk kereta masa hadapan. Sebuah kereta yang memiliki kepintaran dan lengkap dengan ciri-ciri keselamatan yang tinggi. Kemewahan jelas dipaparkan dalam rekaan dalamannya, lantai dalamannya dipasang dengan papan lantai kayu walnut. Pada tepi kerusinya disinari oleh lampu yang cantik mampu menyinari dalaman kereta.


Skrin resolusi tinggi juga ada disediakan untuk penumpang berinteraksi dengan kereta tersebut. Semua arahan ada dalam paparan skrin tersebut seperti memainkan muzik, melihat gambar dan beberapa arahan lain.


Lampu juga menarik dengan dihadapan dilengkapi LED yang brefungsi sebagai sensor terhadap apa-apa halangan dihadapan. Manakala LED di belakang memaparkan keadaan semasa yang berlaku seperti memaparkan SLOW untuk memberi amaran kepada kenderaan di belakang untuk memperlahankan kenderaan mereka.



Saksikan antara video yang memaparkan kecanggihan dan kehebatan teknologi yang dinyawakan di dalam kereta tersebut




Sumber & image : mercedes-benz.com

0 comments:

Catat Ulasan

Copyright © 2014 Artikel Minda