Khamis, 22 Januari 2015

Dalam hati ada telefon.


Perkembangan teknologi terkini dalam perlumbaan telefon pintar menjadikan banyak syarikat pereka telefon melahirkan produk telefon pintar yang hebat. Walaupun nampak hebat di dalam tetapi telefon sekarang kurang sentuhan dari rekabentuk luaran. Kalau kita lihat keseluruhan telefon kini bentuk hampir serupa. Jika di bandingkan dengan produk telefon dahulu pelbagai bentuk cantik dan cute terhasil, Nokia dengan stail mereka sendiri manakala Motorola dengan bentuk V yang cute juga Blackberry dengan terkenal dengan keypad QWERTY. Mungkin atas faktor ini syarikat di Jepun menghasilkan telefon berbentuk hati. Telefon tersebut tanpa paparan skrin, Ia seperti telefon asas yang dahulu kita pakai. Sememangnya sesuai untuk hadiah pada si jantung hati. Berat hanya dalam 54 gram. Tetapi telefon ini hanya akan dipasarkan di Jepun sewaktu Valentine Day.




Artikel dan Image : engadget.com , japanese.engadget.com

0 comments:

Catat Ulasan

Copyright © 2014 Artikel Minda