Rabu, 21 Januari 2015

SmrtGrips GPS navigasi untuk penunggang basikal.



SmrtGrips satu alat yang pertama di dunia yang menghubungkan navigasi GPS kepada pemegang handel basikal anda. Melalui halaman web indiegogo.com smrtGrips ini berfungsi membantu penunggang basikal melalui aplikasi yang dinamakan eye-free navigation untuk menunjuk arah ke destinasi yang di kehendaki tanpa menjejaskan tumpuan pemanduan ke jalan raya. Isyarat gegaran pada handel akan dihantar oleh eye-free navigation jika ada arahan kepada penunggang seperti gegaran pada kanan handel bermaksud penunggang perlu membelok ke kanan. Antara ciri-ciri hebat yang didapati dari SmrtGrips ini seperti berikut :-


  • eyes-free navigation - menunggang basikal tanpa menjejaskan tumpuan anda. Anda tidak perlu untuk melihat paparan skrin telefon lagi. Hanya nantikan isyarat gegaran di handel basikal anda.
  • bike finder - dapat mencari lokasi sebenar dimana tempat terakhir anda meletakkan basikal. berguna kepada mereka yang pelupa.
  • bike tracer - menjejaki basikal jika hilang. SmrtGrips akan menghantar mesej kepada pengguna SmrtGrip yang berhampiran dengan lokasi basikal yang hilang itu berada 
  • haptic notification - Isyarat gegaran di handel anda.
  • connected biked - anda akan dihubungkan kepada OpenStreetMaps iaitu komuniti open source. banyak maklumat di sana seperti laluan yang paling popular, laluan basikal, rakan-rakan dan lain-lain
  • separation alerts - Anda akan mendapat isyarat jika terdapat rakan yang terpisah di dalam kumpulan. 







Sumber : indiegogo.com

0 comments:

Catat Ulasan

Copyright © 2014 Artikel Minda