Rabu, 21 Januari 2015

Janda tinggal di kapal cruise kerana wasiat suami supaya jangan berhenti belayar.


Seorang janda bernama Lee Wachtstetter berumur 86 tahun sanggup menjual kediaman mewah miliknya di Fort Lauderdale, Florida semata-mata untuk tinggal tetap di laut selepas kematian suaminya akibat daripada penyakit kanser. Beliau menghabiskan 108,000 Pound UK setahun untuk kekal berada di dalam kapal cruise Crystal Serenity. Nenek juga dikenali sebagai Mama Lee tinggal bersama-sama 1,070 penumpang juga menjadi salah seorang yang paling lama tinggal di dalam kapal cruise berbanding dengan 655 krew kapal. 

Beliau berkata "Hari sebelum suami saya meninggal akibat kanser dalam tahun 1997, mendiang berpesan kepada saya ,'Jangan berhenti belayar'. "Jadi inilah saya pada hari ini menjalani hidup tanpa tekanan seperti kehidupan dalam kisah dongeng". Kos yang dibelanjakan itu merangkumi kabin, makananan, minuman, tip dan tarian ballroom pada malam hari.




Artikel dan image : mirror.co.uk

0 comments:

Catat Ulasan

Copyright © 2014 Artikel Minda